Header Ads

Breaking

Sunday, August 15, 2021

(VIDEO) Dituduh lakukan sihir kepada adik-beradik sendiri, Rozita saman RM1 juta terhadap empat individu

 



Dituduh melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam, seorang wanita mahu mengambil tindakan saman malu terhadap empat individu.


Dengan tuntutan sebanyak RM1 juta setiap seorang, Rozita Ramli, 43, akan mengemukakan saman itu terhadap empat lelaki yang juga pengamal perubatan tradisional dinamakan Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.


Rozita berkata, tuduhan itu dilemparkan dalam beberapa siri siaran langsung (FB live) dan YouTube milik beberapa lelaki yang dinyatakan itu sejak awal bulan ini yang jelas memberi tekanan terhadap keluarganya.



"Tuduhan yang dikeluarkan empat individu itu menyebabkan ramai netizen turut melemparkan tohmahan dan menyalahkan kami tanpa usul periksa sekali gus mendatangkan rasa malu kepada kami serta tekanan yang sangat hebat.


"Saya juga dituduh menyihir adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu sihir itu berbalik kepada keluarga sendiri yang menyebabkan hubungan kami semua menjadi renggang.


"Lebih memburukkan keadaan, ada juga laporan polis dibuat menuduh kami menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anak dan meminta memulangkan balik sumbangan, sedangkan ia benar-benar digunakan untuk merawat anak perempuan yang mengalami penyakiit misteri dan anak lelaki yang mendewrita buah pinggang kronik," katanya semalam.

Rozita berkata, dia mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama jika masih berterusan.


Menurutnya, laporan polis berkaitan fitnah itu juga sudah dibuat kerana natijah daripada tuduhan disebarkan secara berleluasa di laman sosial mendatangkan banyak ancaman terhadap keluarganya sama ada menerusi panggilan telefon atau bersemuka termasuk datang ke rumah dan merakamkan foto kediaman mereka.


Tindakan saman malu itu dibuat menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md Yusof sebagai peguam.



Sementara itu, Muhammad Hariz berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti menerusi siaran video yang dimuat naik di laman sosial dan setakat ini, empat individu dinamakan untuk tuntutan saman malu terbabit.


"Saya tegaskan anak guam saya menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam ilmu hitam dan sihir.


"Saya juga diarahkan oleh anak guam agar turut mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang turut mengeluarkan fitnah terhadapnya dan diharapkan mereka bersedia untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.