Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) “Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama,” - Ramai netizen tersinggung dengan gurauan 'kasar' Menteri Besar Kedah

 


Baru-baru ini viral satu video yang memaparkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan bergurau ‘kasar’ mengenai isu kontena jenazah C0vid-19.


Menerusi video berdurasi hampir seminit itu, Muhammad Sanusi dilihat menjawab pertanyaan wartawan mengenai jumlah kontena di setiap hospital.


Walaubagaimanapun, jawapan Muhammad Sanusi itu dikatakan telah membuatkan ramai tidak berpuas hati dan tersinggung.


“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama,” katanya.


Biarpun ada yang melihat ia hanya satu gurauan bersama pihak media, namun tidak kurang juga yang menyifatkan isu berkenaan satu perkara sensitif untuk dijadikan bahan jenaka.



“Memperlekehkan orang yang telah meninggal akibat covid tak lawak lah. Tak hormat keluarga pesakit yang telah meninggal.


“Tak sensitifnya”

“Mungkin dia berlawak je dengan reporter kot, entahlah,” tulis beberapa netizen.


Difahamkan, dua lagi hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku, sebagai persediaan menempatkan mayat pesakiit C0VID-19 yang semakin meningkat.


Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, berkata, pada masa ini tiga buah hospital iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar; Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Hospital Kulim masing-masing sudah mempunyai satu kontena sejuk beku, sumbangan badan bukan kerajaan (NGO).


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen bengang dan marah dengan MB Kedah kerana dikatakan bergurau tidak bertempat,




Sumber : Gempak

Post a Comment

0 Comments