Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita 31 tahun didenda RM4,000 kerana 'menjual maruah' di Kuala Pilah



Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan meIacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini pada 1 Ogos lalu.


Tertuduh yang berusia 31 tahun itu membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sarawak itu, mencari Iangganan bagi maksud persundaIan di sebuah hotel yang terletak Pusat Komersial Melang dekat sini, jam 11.50 pagi pada 1 Ogos lalu.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukuum penjaara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur'Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



Susulan pengakuan bersalah oleh tertuduh, Saiful mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayarnya.


Sementara itu, di Mhkamah Sesyen Kuala Pilah, seorang lelaki yang juga bapa ayam mengaku tidak bersalah atas pertud0han menjadi orang tengah bagi aktiviti peIacuran.


Tertuduh, Lim Kevis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan ke atas wanita tersebut, pada tarikh, masa dan tempat sama.


Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.


Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.


Sebelum ini, kes tangkapan wanita ini menarik perhatian ramai susulan seorang pelawak tempatan turut ditahan polis bagi membantu siasatan

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments