Ticker

6/recent/ticker-posts

Caprice Pelik Kenapa Polis Terpaksa Minta Bantuan Interpol, Nombor Telefonnya Adalah ‘Public’

 


"Pelik, my number is public... tak ada siapa contact pun.


Caprice mengulas laporan mStar tentang kenyataan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang memberitahu pihaknya gagal menghubunginya untuk diambil keterangan secara dalam talian.


Kata Ashari, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan Interpol selepas Caprice dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar pihaknya.


Selain Caprice polis turut mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung slasatan bagi kes yang sama.


Tambah Caprice, dia sangat terkejut selepas membaca kenyataan polis kerana yakin pihak berkuasa mempunyai kepakaran untuk menghubunginya.



"Saya sangat yakin OCPD ada akses kepada kedutaan atau WhatsApp.


"Tapi ini menjadi kes pertama dalam sejarah apabila Interpol digunakan untuk kes fltnah antara dua influencer.


"Saya rasa ada kes-kes lagi berat di dunia dan di Malaysia yang perlu Interpol, FBI dan polis," katanya lagi.


Caprice pernah berjanji untuk membuat pendedahan tentang situasi di PaIIestin namun terpaksa membatalkan hasrat itu.



Dalam pada itu Caprice yang kini sedang melengkapkan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040 berkata dia sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi.


"Semestinya saya sedia, siapa je tak nak kerjasama dengan pihak polis," katanya.


Sementara itu bagi menjawab tentang dakwaan memfiitnah Ebit Lew, Caprice menafikannya.


"Alhamdulillah selama saya hidup tak pernah fiitnah sesiapa kerana dalam Islam perbuatan itu lebih teruk daripada membunuuh seseorang," katanya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments