Ticker

6/recent/ticker-posts

Ellie Suriaty Didik Anak Jangan Takut Kepada Fitnah Akhir Zaman

 


Baru-baru ini viral di media sosial memaparkan kisah tiga orang pelajar yang membuat laporan polis bagi mempertahankan hak mereka untuk menoIak suntiikan vaksin kepadanya. Dua orang pelajar terbabit adalah merupakan anak kepada pelakon terkenal, Ellie Surianty.


Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pelakon tersebut menerusi hantaran terbarunya di instagram.


Ya mereka anak saya, Azrell Omar Iskandar (17 tahun) dan Nur Azreen (12 tahun) bersama seorang sahabat mereka Hanif (17 tahun) telah membuat laporan polis sebagai covering report berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimental c0vid-19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12- 7 tahun. Tarikh 30 Ogos 2021 jam 2.30 petang.

Tambah Ellie lagi, kedua-dua anaknya termasuk rakan mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati kerana tidak mahu mengambil vaksin atas faktor bimbang terjadi apa-apa kepada diri mereka. Tambah Ellie, dia mahu mendidik anak-anaknya supaya berani menempuh kehidupan tatkala di usia remaja.

Merdeka 31 Ogos 2021. Saya mendidik anak-anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan Fiitnah Akhir Zaman. Nilai kehidupan tidak boleh di beli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas. Tauhid. Harapan hanya Pada ALLAH SWT. Allahuakhbar. Semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita semua.


Azrell Omar Azri Iskandar, 17, berkata, dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu mengambil vaksiin atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya.

"Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru itu, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicuucuk vaksiin.

"Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksiin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.

"Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah C0vid-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan C0vid-19," katanya.

Sumber : instagram Elie Surianty dan Harian Metro

Post a Comment

0 Comments