Ticker

6/recent/ticker-posts

Hamil Anak Ketiga, Syatilla Melvin Akui Loya Bila Tengok Rumah Sendiri

 


Seperti yang kita sedia maklum, Syatilla Melvin sebelum ini sudah tiga kali alami keguguran sebelum akhirnya mengumumkan berita gembira yang dia kini sedang hamil anak ketiga.


Setiap ibu mengandung pasti akan alami alahan atau simptom seperti loya dan muntah-muntah.


Namun lain pula halnya dengan Syatilla, dia meluahkan dia berasa loya apabila melihat rumahnya sendiri. Ujarnya, apabila bangun sahaja tidur, dia terasa seperti nak muntah melihat persekitaran serta langsung tidak boleh melihat dekorasi rumahnya.


“Tilla tak boleh tengok rumah Tilla sendiri. Ya Allah rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri. Barang2 rumah yang Tilla deko semua tak boleh pandang. Matilah macam ni Ya Allah. @shaheizy_sam takkan kena tidur hotel sampai beranak?” tulisnya.


Perkongsian Syatilla itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan situasi sama ketika hamil sehingga terpaksa berpindah ke rumah ahli keluarga lain.





Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar proses kehamilan Syatilla dipermudahkan serta kandungan dalam keadaan baik-baik sahaja.


Syatilla berkahwin dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy kini berusia setahun.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments