Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya tak akan pernah berhenti selagi orang itu tak meringkuk dalam penjara, kata Caprice

 


Selepas menjalani kuarantin selama 14 hari, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice akhirnya menanggalkan gelang tangan atau tag kuarantin hari ini.


Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli,  berkongsi perkara tersebut menerusi satu entri berbentuk video dalam InstaStory sebentar tadi.


Kuaratin tamat satu hal, namun satu satu perkara lagi yang menariknya apabila beberapa jam sebelum ‘dibebaskan’, lelaki berusia 33 tahun itu turut mengisytiharkan prang terhadap beberapa golongan yang telah mencemar kesucian agama dan bangsa, termasuk pedofiIIia.


“Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan peerang saya meIawan predat0r sekksuaI, pedofiIia dan orang-orang munafiik.


“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat itu,” katanya.



“Mungkin untuk sesetengah orang, uguutan buunuh, cabar jangan masuk Penang (Pulau Pinang) atau Pahang atau mana-manalah yang mereka nak ‘claim’ atau nak tunggu kita depan pagar KLIA, atau nak tunggu depan pejabat, satu perkara yang lawak.


“Tak lawak. Semua itu dibuat orang mereka yang memiliki akaun (media sosial) yang betul. Pejabat saya public (terbuka), kereta saya terbuka. Mungkin kalau kalian atau ahli keluarga dapat uguutan buunuh, mesti akan marah juga,” coretnya.



Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, Caprice berkata, sejak difiitnah sehingga namanya menjadi bualan satu Malaysia, hampir setiap hari dia menerima uguutan buunuh.


“Sejak orang itu fiitnah sampai satu Malaysia kecoh, hari-hari saya terima macam-macam uguutan buunuh.


“Kalian tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan berhenti. Apabila kebenaran dirungkai, saya berharap kalian semua si dungu siap-siap betulkan tetapan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.


“Dekat dunia, yang berani uguut, kita ada undang-undang. Jumpa saya depan-depan dahulu baru selesai,” ujarnya.


Dua bulan menghabiskan masa di Jordan dan Mesir termasuk gagal memasuki PaIestin, nama Caprice menjadi perbualan satu Malaysia apabila dia didakwa ‘tidak sebulu’ dengan pendakwah bebas, Ebit Lew berkaitan isu bantuan kemanusiaan kepada rakyat PaIestin


Sumber :  K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments