Ticker

6/recent/ticker-posts

Ini respon ikon fesyen, Ezurin Khyra selepas netizen persoal dia tampil berpakaian mencoIok mata depan anak-anak

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra yang senantiasa menarik perhatian netizen apabila membuat perkongsian di laman sosial.


Sentiasa berpakaian sekksi, wanita itu dikatakan tidak kisah dengan tanggapan netizen mengenai kehidupan mewah keluarganya.


"Dalam kehidupan, kita perlu seimbang. Saya tidak kata saya dan keluarga sempurna. Jadi, anda kena tonton dahulu baru anda boleh lihat sisi saya yang berbeza.


Itu memetik kata-katanya ketika terbabit dalam program 'The House' yang pernah ditayangkan tidak lama dulu.


Menarik perhatian, seorang peminat telah bertanyakan satu soalan kepada Ezurin mengenai pemakaiannya yang mencolok mata di hadapan anak. Tidak berdalih, wanita itu memberikan jawapan buat persoalan tersebut.


Menurut Ezurin, seseorang individu tidak perlu berpura-pura di hadapan orang lain untuk kelihatan lebih baik dan sebagainya. Akuinya jika tidak ‘menutup’ hati daripada kejahatan, pakaian yang sempurna seperti menutup aurat tidak dapat menutup sifat sebenar seseorang itu.


“Kita mesti ‘tutup’ hati kita dulu. Jangan bercakap buruk tentang seseorang, jangan menjadi orang munafiik, jangan menyakiiti orang lain, jangan mencuuri, jangan melakukan kejaahatan”, kongsinya.


Dalam pada itu, Ezurin meminta semua individu supaya memberikan fokus untuk memperbaiki diri sendiri dahulu sebelum mencari kesilapan orang lain.


Fokus pada kita menjadi lebih baik terlebih dahulu sebelum menunding jari pada orang lain. Apabila kita mempunyai hati yang suci, semuanya akan ‘terlindung.

Apa pandangan anda dengan pendapat dari Ezurin ini, setuju atau tidak?


Sumber : Murai

Post a Comment

0 Comments