Ticker

6/recent/ticker-posts

Buanglah ego, jangan sampai sakitkan hati orang, Rody Kristal Harap Siti Nordiana Dan Lan Solo Berdamai

 


Kisah saman menyaman antara Siti Nordiana dengan dua rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura serta tiga lagi individu lain masih lagi hangat dan belum ada keputusan.


Mengulas mengenai apa yang berlaku itu, mStar Online melaporkan gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody berharap kes antara sahabatnya itu dapat diselesaikan dengan baik. Tidak mengetahui punca sebenar konflik berkenaan, namun dia meminta supaya mereka berdamai dan buang ego.



“Mereka adalah rakan-rakan saya sejak zaman sekolah… zaman Kristal muncul dulu, kita tak tahu apa sebab terjadi benda ini. Tak tahu apa masalah dalaman mereka.


“Saya kenal Ewal daripada dia budak lagi, masa tu saya suka ke studio Ali XPDC untuk berlatih... saya nampak dia memang budak rock.


“Kita nampak dia punya karisma sebab sebelum ini kita ada buat YouTube jamming, Ewal terlibat dan dia hafal kebanyakan lagu Kristal.” katanya.

“Yang penting kita harap mereka semua berdamai… ego tu buang la macam lagu Terpisah, boleh baca liriknya. Dalam kehidupan kita ini kalau boleh saling memahamilah,” katanya.


Terdahulu, selepas 18 tahun bersama Kristal, Lan membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan pada November 2017.


SUMBER  MSTAR ONLINE

Post a Comment

0 Comments