Ticker

6/recent/ticker-posts

Kereta dah habis hutang? Ini perkara penting yang korang kena buat tapi ramai terlepas pandang

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan illustrasi semata-mata

Memiliki kenderaan sendiri sudah pasti lebih memudahkan urusan. Bila berlaku kecemasan, pergerakan lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan kenderaan awam.


Maka ramai di antara kita yang membuat pinjaman untuk membeli kenderaan seperti kereta dan motorsikal. Tempoh pembayaran pinjaman kenderaan pula berbeza mengikut kemampuan individu.


Bila dah habis bayaran pinjaman, pasti kita rasa lega sebab semua dah settle. Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada perkara penting yang korang kena buat lepas habis bayar pinjaman kenderaan ni.


Nak tahu apa, ikuti perkongsian oleh pengguna Facebook, Nadia Izzati di bawah ini.


Kenderaan bukan hak milik sepenuhnya kalau tak buat benda ni

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.



Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.


Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.


Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?


Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.


Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.


Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.


Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.



Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa cop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses cop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah dicop, kereta telah menjadi milik anda sepenuhnya.


Mudah kan?


Kesimpulannya, ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik.


Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.


Di akhir hantaran, Nadia turut menyarankan orang awam supaya menghubungi pihak JPJ di kawasan masing-masing kerana cara pembatalan hak milik ni mungkin berbeza mengikut tempat.


Yang dah bertahun-tahun habis loan kereta tu, jangan lupa buat pembatalan hak milik ni ya!


Sumber: Nadia Izzati via siakapkeIi

Post a Comment

0 Comments