Ticker

6/recent/ticker-posts

Seluar Saya Pakai Warna Merah Jambu, Bukan Warna Kulit, kata Ruhainies

 


Semalam kecoh di media sosial apabila satu video memaparkan selebriti cantik Ruhainies menari sakan dengan pekerja penghantar barang yang dilihat sangat mencoIok mata kerana kelihatan seperti tidak memakai seluar.


Netizen mengecam tindakan pelakon itu kerana warna seluar ketat yang dipakainya hampir sama dengan warna kulit. Bagaimanapun, Ruhainies menjelaskan suntingan video membuatkan ia kelihatan sekksi.



“Sebenarnya warna seluar saya tu merah jambu… bukanlah warna kulit. Mungkin disebabkan suntingan video itu terang sehingga menampakkan warna seluar berbeza.


“Saya pun bukanlah seorang yang gemar berpakaian sekksi. Bagi saya kalau orang melihat secara negatif, jadila negatif,” katanya.


Difahamkan, video berkenaan telah pun difaham selepas menerima kecaman netizen. Dalam pada itu, Ruhainies memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan video tersebut.



“Saya minta maaf sekiranya perkongsian video itu membuatkan segelintir pihak berada kurang selesa. Insya-Allah selepas ini saya akan lebih peka dalam pemakaian.


“Saya tak marah malah menerima semua teguran dan nasihat yang baik-baik untuk saya. Cuma, janganlah guna bahasa kesat atau kasar apabila ingin menegur,” katanya.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments