Ticker

6/recent/ticker-posts

Skuad jerung kembali dengan tarian baru, tapi kali ini akak kasut merah pula naik 'sheikh'

 




Baru-baru ini, tular sekali lagi tarian baru dari skuad jerung merah yang mendapat tumpuan para netizen terutamanya kakak berkasut merah.


Menari tarian jerung, tetapi kakak kasut merah pula naik 'sheikh'


Menerusi video yang dimuat naik oleh ketua kumpulan tersebut iaitu @sofiaamarieylla, kelihatan dia memberikan kata-kata semangat buat ahli kumpulannya.


Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila mereka memulakan tarian 'jerung ngap' seperti ingin menekan enjin motorsikal.


Lebih melucukan adalah salah seorang ahli mereka yang berkasut merah menari beria-ria seolah-olah naik 'sheikh' dan pergerakan tariannya agak kelakar.


"Ngap tu tangan je, kepala tak payah kot haha" - Netizen


Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 600.1K views, 39.1K likes dan 3144 shares di laman TikTok.


Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Squad Jerung Merah yang sentiasa aktif dan tidak menghiraukan kecaman.


Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:




Kredit : Says Seismik

Post a Comment

0 Comments