Ticker

6/recent/ticker-posts

Susunlah langkah minta ampun dengan saya nanti, kata Nourul Depp

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Terkilan dan enggan berterusan menjadi sasaran pembuli siber, Nourul Depp memulangkan paku buah keras kepada pemilik akaun Instagram yang tidak habis-habis cuba merendah-rendahnya dirinya dalam laman sosial.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, berkongsi tangkap layar mesej yang dikirimkan seorang pengguna Instagram apabila mengeluarkan kenyataan, kononnya bersyukur kerana akhirnya penyanyi itu telah berpindah ke luar negara.


“Alhamdulillah pergi pun (berpindah). Makbul doa rakyat nak sis (Nourul) pergi sana. Mohon tak payah datang Malaysia lagi. Kalau tidak asyik berita sis sahaja daripada tahun lepas tak sudah-sudah,” tulis pengguna Instagram tersebut.


Kenyataan menjengkelkan tersebut membuatkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Kerana TerIuka itu tertanya-tanya, adakah manusia sebegitu sebenarnya mempunyai masaIah mentaI.


“Kalau berada di tempat saya, apa yang anda rasa? Kesian mental sesetengah manusia dan kesian juga mental mereka yang sering terkena dengan manusia sebegini.


“Terfikir kalau kami kena, orang lain lagilah. Dalam masyarakat kita, ramai yang kena seperti ini (mngsa buIi siber),” kata Nourul.


Malah penyanyi itu juga bimbang memikirkan kesan mental anak-anak jika mereka memiliki sosial media suatu hari nanti.


“Perlu ke buIi siber sebegini wujud? Macam mana nanti kesan mental anak-anak kita apabila mereka ada sosial media nanti?


Dia sakitkan hati saya, dia sakitkan juga hati pengikut saya. Dia berdosa bukan dengan saya sahaja, tetapi dengan semua pengikut dan peminat yang sayang saya,” katanya.


“Susunlah langkah nak minta ampun dengan saya nanti,” kata Nourul.


Terdahulu, Nourul bersama suaminya, Eric Daniel serta tiga orang cahaya matanya telah berlepas ke Bali, Indonesia pada Ahad lalu selepas mengambil keputusan untuk menetap di sana demi masa depan anak-anaknya.




Dia dan Eric yang mengendalikan bisnes makanan kesihatan terkemuka nekad memilih pulau berkenaan bersandarkan masa depan serta prospek pendidikan anak mereka.


Malah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2012 itu sudah mendaftar di sebuah sekolah berkonsepkan kemahiran sejak awal tahun.


Pada masa sama, Nourul mengakui suaminya mahu berhijrah ke destinasi terkenal itu kerana pernah menetap selama dua tahun di sana.


Sebelum itu, dia pernah menyuarakan rasa sedih apabila keputusan untuk berhijrah mendapat kecaman teruk daripada netizen. 


Sumber : K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments