Ticker

6/recent/ticker-posts

Trend beli emas semakin dingin walau harga emas turun paling rendah sejak ogos lalu

 


Penurunan harga emas sejak hujung minggu lalu belum mampu menarik minat para peminatnya untuk menyerbu rangkaian kedai emas di negeri ini. Tinjauan Kosmo! di Pasar Besar Kedai Payang di sini mendapati, suasana masih lengang meskipun harga emas ditawarkan serendah RM228 segram.

Pengusaha Kedai Emas dan Berlian Norzek, Zakaria Yusof berkata, sambutan pelanggan begitu dingin walaupun harga emas sudah semakin murah selain merentas daerah dibenarkan berikutan peralihan Terengganu ke Fasa 3, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat lalu.…


 Harga emas mentah di pasaran turun sehingga RM236 segram pada Jumaat berbanding Khamis yang mencatatkan RM240 segram.


Pengarah Urusan Merchant Nine Sdn Bhd, Nik Mohd Haniff Nik Hamid berkata, harga baharu tersebut merupakan yang paling rendah sejak pertengahan Ogos lalu.



“Sekarang pergerakan emas bergerak pantas, jadi saya anggarkan harga akan kekal sehingga dua hari sebelum harganya berubah.


“Saya jangka minggu hadapan harga emas mentah akan berlegar sekitar RM235 ke RM245 segram,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.


Jelasnya, harga logam tersebut paling rendah tahun ini dicatatkan pada Mac lalu serendah RM225 segram, manakala awal tahun 2020, harga emas mengalami penurunan ke paras RM205 segram.


Menurut beliau, harga paling tinggi pernah mencecah sehingga RM280 segram pada pertengahan tahun lalu iaitu sewaktu wbak C0vid-19 mula melanda negara.



Jelasnya, penurunan harga emas berlaku adalah susulan laporan data mengenai jualan runcit di Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos 2021 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus dan pertumbuhan itu menggambarkan pemulihan ekonomi negara berkenaan.


“Pertumbuhan ekonomi menyebabkan harga emas jatuh dengan banyak pada Jumaat dan mungkin harga turun ke paras RM230 dalam dua atau tiga bulan lagi.


“Pergerakan harga emas bergantung kepada ekonomi AS kerana pelabur membeli emas sebagai perlindungan daripada krisis ekonomi dan inflasi. Apabila ekonomi stabil, pelabur jual emas dan masuk pasaran saham,” ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments