Ticker

6/recent/ticker-posts

Gadis cantik ini tayang sijil dekan selepas diperlekeh makcik bawang kerana kerja kilang kononnya sekolah tak pandai

 


Kita sekarang sudah berada pada zaman moden namun masih ada segelintir masyarakat yang pemikirannya masih ditakuk kolot. Masih ramai lagi yang memandang tinggi mereka yang bekerja memakai 'coat', bekerja ikut waktu pejabat dan dalam aircond adalah mereka yang berjaya.


Jika ada anak muda yang memilih bekerja di kilang pasti ada segelintir mulut busok yang akan memperlekehkan dan jika ada yang ingin dibuat menantu pun ada yang akan menolak pinangan itu kerana kononnya mereka bekerja kilang ini tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada anak mereka.




Baru-baru ini viral satu video di laman tiktok yang memaparkan seorang gadis cantik dikenali sebagai @Ninaaaaaaaa_ yang membalas kenyataan seseorang yang bertanya bangga ke kerja kilang dan tulah dulu belajar pandai2.


Video tersebut yang memaparkan sijil2 yang diperolehi oleh beliau yang semuanya mendapat anugerah dekan. Sijil tidak menjamin kerja yang stabil tetapi kalau tidak memilih kerja, kita akan mendapat pengalaman dari pelbagai kerja sebelum mendapat tawaran kerja yang sesuai.



Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberi semangat kepadanya dan meninggalkan komen yang positif serta ada juga yang memuji kebijaksanaan dirinya.




Diolah dari sumber asal Sinar Viral

Post a Comment

0 Comments