Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan samakan saya dengan founder lain, saya juara nasyid negeri Kelantan, naib juara peringkat Malaysia, kata Iqbal Zulkefli

 


Baru saja reda dengan kisah cinta ala-ala dongeng membabitkan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, baru-baru ini perkongsian bekas pembantu peribadi Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.


Menerusi laporan dari portal hiburan Rotikaya, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja. Bagaimanapun, tidak dimaklumkan untuk tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu.


Terbaru, Iqbal mempersoalkan apabila ada pihak mempertikai tindakannya mengeluarkan bajet setengah juta itu, sedangkan jumlah itu bukan untuk lagu sahaja tetapi termasuk muzik video.


Kata Iqbal lagi, dia tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini dan mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.


“Jangan samakan saya dengan founder lain, asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.


“Ibu saya penulis lirik album nasyid juara kebangsaan. Saya akan buktikan saya boleh walaupun saya sedar saya bukan akan jadi penyanyi profesional,” katanya.


Dalam satu perkongsian lain, Iqbal turut meminta pendapat pengikutnya sama ada Caprice boleh dipilih untuk menghasilkan lagu untuk dirinya.


“Okay tak jika saya minta Caprice buatkan lagu untuk saya? Saya perlukan pendapt orang kerana saya bukan orang industri muzik dan tak mahu dicop merosakkan industri muzik. Apatah lagi merosakkan nama komposer jika tak mampu nyanyi dengan baik,” tulisnya.

Sumber : ROTIKAYA


Post a Comment

0 Comments