Ticker

6/recent/ticker-posts

Viral Pelakon Kongsi Pengalaman Babak RogoI, Suami Raja Farah Anggap Ianya Tentang Kehormatan Wanita Dan Memalukan

 


Baru-baru ini viral satu rakaman video di media sosial yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dalam satu temu bual membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan oleh mereka.

Dalam rakaman video tersebut, pelakon terkenal Fauzi Nawawi dipercayai menceritakan mengenai babak rogoI dalam filem Anak Halal membabitkan pelakon wanita, Raja Farah. Menurutnya, babak tersebut terpaksa dipotong di atas permintaan ibu bapa pelakon wanita itu.


Dalam video tersebut, Fauzi Nawawi mengaku watak per0mpak dan perog0I menjadi watak kegemarannya kerana wajahnya yang dikatakan ‘sesuai’ dengan watak-watak berkenaan.


Per0mpak dan perog0I tu adalah watak kegemaran saya sebab wajah. Orang tengok muka saya ni memang lah mungkin Tuhan dah bagi macam ni kan.


Bila ubah sikit reaksi, dia ni macam perog0I. Jadi bila orang cakap benda tu saya nak buat tu saya rasa lagi semangat.


Walaupun begitu, babak tersebut tidak ditayangkan kepada umum dan terpaksa dipotong kerana permintaan dari ibu bapa Raja Farah.

Selepas video itu viral dan mendapat perhatian netizen, Raja Farah dan suaminya tampil memberikan respon dan pendapatnya.


Perkara ini telah dikongsikan melalui hantarannya di instagram, pasangan ini menganggap perkara itu adalah sangat memalukan.


Menurut suami Raja Farah, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.


Untuk namakan secara spesifik, lagi pula menceritakan tentang babak yang saya rasa tidak patut untuk dinyatakan sedemikian. Itu tentang aib dan kehormatan wanita.


Sebagai seorang suami, dia menganggap perkara itu adalah memalukan dan ungkapan yang dinyatakan seumpama ‘orang jahil’.


Mungkin dia terlepas cakap, atau dia jahil atau teruja sedang bercerita. Saya rasa dia mesti menyesal dengan apa yang diucapkannya itu. Kami berlapang dada. Kami beri respon kerana perkara ini sudah viral.

Berikut adalah beberapa respon dari netizen setelah melihat video tersebut. Rata-rata mengecam tindakan tidak bertanggungjawab dan memalukan dari pelakon lelaki tersebut.




Sumber asal : Beautifulnara

Post a Comment

0 Comments