Header Ads

Breaking

Sunday, October 31, 2021

Saya rasa tertipu, dia sangat hodoh tanpa solekan, kata suami

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Berang ditipu isterinya, seorang lelaki Mesir memfailkan penceraian di mahkamah selepas terkejut melihat rupa sebenar isterinya tanpa solekan sehari selepas perkahwinan mereka.


Gulf News melaporkan, lelaki itu mengakui pada pagi selepas perkahwinan mereka dia terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa solekan.

Gambar hiasan

"Saya rasa ditipu kerana sebelum berkahwin dia hanya mengenakan solekan tebal, dia kelihatan hodoh tanpa solekan," katanya kepada mahkamah.


Lelaki itu memfailkan penceraian selepas sebulan perkahwinan mereka.


Katanya, dia mengenali isterinya menerusi Facebook di mana dia memuatnaik banyak gambar cantik memakai solekan penuh.


Menurutnya, selepas itu dia bertemu dengan isterinya beberapa kali dan memutuskan untuk berkahwin dengannya.

Gambar hiasan

"Tetapi selepas perkahwinan saya melihat wajah sebenar dia tanpa solekan.


"Saya terkejut kerana dia tidak kelihatan seperti orang yang saya temui beberapa kali sebelum kahwin," kata pengadu kepada mahkamah.


Dia berkata, dia menfailkan penceraian kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.