Ticker

6/recent/ticker-posts

Hanya Level Karaoke, Mohon Jangan Malukan Malaysia, kata Azmeer

 


Tampil dengan single berjudul Hujan, lagu terbaru usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli yang dilancarkan Isnin lalu ternyata menjadi perhatian ramai.

Diminta memberi respon mengenai kualiti vokal usahawan berkenaan, komposer terkenal Dr. Azmeer Abu Bakar berkata suara Iqbal hanya standard penyanyi karaoke.

“Maaf nak cakap, bukan kata tak sedap tapi sekadar level karaoke yang biasa-biasa saja. Saya rasa berjuta orang boleh nyanyi macam tu Kalau dia datang kepada saya untuk jadi artis rakaman saya akan reject,” katanya.



Azmeer turut memberi pesanan kepada Iqbal untuk memberi peluang kepada penyanyi lain menyanyikan lagu tersebut supaya tidak disia-siakan karya berkenaan.


“Saya nasihat Iqbal cuba fikir-fikirkan kalau ada penyanyi yang lebih baik menyanyikan lagi tersebut, bagilah peluang kepada penyanyi yang lebih elok.


“Sebab lagu ni sedap, muzik sedap, lirik pun bagus, tajuk pun bagus, akan tetapi nyanyian Iqbal biasa. Itu pendapat saya, jangan kecil hati. Saya jenis terus terang, saya tak cakap belakang-belakang,” katanya.



Mengulas mengenai kenyataan Iqbal yang tidak menolak jika lagu tersebut layak ke Anugerah Juara Lagu, Azmeer berkata jika dia menjadi juri, lagu tersebut tidak akan dipilih.


“Kalau ada rezeki dia dapatlah ke Juara Lagu, tapi kalau nasib dia tak baik, saya jadi juri penilai, saya tak pilih lagu ini. Minta maaflah, jangan kecil hati.


“Saya seorang profesional, bagi saya lagu tersebut tak layak ke Juara Lagu, namun terserah pada juri. Kalau saya, saya tak suka, akan reject awal-awal,” katanya.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments