Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri beri helah terpaksa ‘tidur’ dengan ‘bos’ agar suami dinaikkan pangkat

 




Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata

Seorang wanita mendedahkan ‘rahsia besar’ miliknya dengan mendakwa bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat disebabkan oleh hubungan sulit wanita itu bersama seorang ketua di syarikat lelaki tersebut bekerja, lapor akhbar Daily Star semalam.


Menerusi perkongsiannya di akaun Twitter Fesshole, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mengaku bahawa dia ‘tidur’ bersama ketua suaminya bagi membolehkan lelaki itu dinaikkan pangkat.


“Suami saya dinaikkan pangkat beberapa kali di syarikat dia bekerja dan menyangka ia disebabkan oleh kelayakannya.



“Dia tidak tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan ketuanya selama beberapa tahun. 


“Apabila dia dinaikkan pangkat, ia bererti dia akan lebih kerap perlu bekerja di luar kawasan. Jadi, saya boleh terus berhubungan bersama ketuanya,” tulis wanita berkenaan di akaun perkongsian rahsia tersebut.


Pendedahannya itu menerima kecaman netizen dengan ramai yang menyelar tindakan wanita berkenaan.



“Anda memang seorang yang ‘baik hati’,” komen seorang netizen.


“Saya berharap agar suaminya tahu akan hal ini dan menyimpan wang yang banyak di dalam akaun untuk digunakan selepas mereka bercerai,” kata seorang lagi. – Agensi 


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments