Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Fitnah… Saya Tak Bodoh Tinggalkan Anak, Netizen Tolong Jadi Manusia Bijak.. Buka Hati.. Buka Mata, Kata @MasAmira92

 


Insiden tersebut mula menjadi bualan netizen apabila pihak pengurusan iaitu Perbadanan Pengurusan Residensi Awani memuat naik notis di Facebook mereka berserta tangkap layar insiden yang diambil dari CCTV di lobi pangsapuri berkenaan.


Susulan video tular itu, si isteri tampil membuat permohonan maaf terbuka di akaun Twitter dan meminta netizen berhenti melemparkan tohmahan terhadap keluarganya.



Berdasarkan satu ciapan yang dikongsi oleh wanita itu, menjelaskan bahawa anaknya sakit dan baru sahaja keluar hospital dan dia terpaksa meninggalkan anaknya di tempat berkenaan.


“Tidak mengapa saya anggap semua tidak tahu, walaupun sudah menimbulkan fitnah. Saya pun tak akan sebodoh itu nak tinggalkan anak saya yang baru sahaja dikeluarkan dari hospital.


“Anak saya sakit dan bayangkanlah saya terpaksa tinggalkan juga anak saya di mana kalau dia jatuh pun tak boleh,” katanya dalam ciapan itu.


Menerusi satu lagi ciapan, wanita itu turut berkongsi tangkap layar tugas-tugas sekuriti menerusi portal dan turut memaklumkan akan melakukan aduan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung insiden tersebut.

Dia mengatakan orang ramai perlu mengubah mentaliti dan sedar akan hak serta tanggungjawab masing-masing.


Tambahnya lagi, isu tular ini menampakkan tahap pemikiran orang ramai yang melemparkan tohmahan tanpa mengetahui cerita sebenar. Dalam pada itu, dia turut mengatakan suaminya sudah pun memohon maaf kepada mereka yang terlibat.


“Jangan fitnah…suami saya pun dah minta maaf dekat orang tu walaupun dia ada salah tapi dia tak senyum tak apa.”


“Saya tak pernah cakap dengan orang kasar-kasar ya..saya sangat hormatkan orang sekeliling saya…walaupun tukang cuci.”


Dalam hantaran sama, wanita itu mengatakan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya namun apabila situasi seperti itu, ia merupakan tanggungjawab bersama.


Melihat pada ruangan komen, orang rami bagaimanapun masih mempertikaikan tindakan mereka yang sanggup meninggalkan anaknya yang sakit itu kepada orang yang tidak dikenali.


Sumber : ODISI.MY

Post a Comment

0 Comments