Ticker

6/recent/ticker-posts

Zahirah Macwilson Akui Bukan Senang Dan Penat Urus Rumahtangga Sendirian

 


Luahan para isteri yang tertekan kerana terlalu letih mengurus rumahtangga dan kerja, kerap berlaku dalam masyarakat. Dan hal yang sama sedang dilalui oleh pelakon jelita Zahirah Macwilson yang berkongsi serba sedikit tekanan yang dialaminya di Insta Stories.

Terlalu Letih Urus Seorang Diri

Berdasarkan perkongsian ibu kepada Isaac ini, Zahirah telah menggalas beberapa tanggungjawab seorang diri tanpa suaminya,  Aiman Hakim Ridza berikutan pelakon itu telah mula menjalani penggambaran di set.



Diri Pun Tak Terurus, Terlupa Makan

Bukan itu sahaja, pelakon ini turut akui akibat terlalu sibuk dengan anak dan mengurus rumahtangga, dirinya juga kadang-kala tidak terurus dan terlupa untuk makan.


“Harus luahkan sedikit sebab saya terlalu penat + lengan lenguh (dukung 9kg setiap hari dan sampai lupa nak makan). Dah tak kisah dengan rupa saya sebab.. Keutamaan dah berbeza sekarang.” Luahnya lagi


Menurut pelakon ini juga, dia bukan ingin merungut atau berkeluh-kesah, namun apa yang dirasai perlu diluahkan terutama apabila melalui masa yang sukar dan tertekan.


Kata Zahirah lagi, dia terpaksa luahkan kerana dirinya terlalu penat menguruskan rumah tangga sehingga dia terlupa untuk makan.


“Harus luahkan sedikit sebab saya terlalu penat dan lengan lenguh (dukung 9kg setiap hari dan sampai lupa nak makan). Dah tak kisah dengan rupa saya sebab.. Keutamaan dah berbeza sekarang,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Zahirah berkata dia bukan ingin merungut namun apa yang dirasainya perlu diluahkan. Malah, Zahirah turut bertanyakan ada atau tidak mereka diluar sana rasa terlalu penat sheingga mahu menjerit.


“Bukan nak mengeluh atau apa-apa tapi cuma ingin luahkan. Ada sesiapa yang rasa penat hingga sampai satu masa mereka ingin breakdown atau menjerit?


“Tidak kira sama ada anda ada seorang anak atau lima, tiada anak dan cuma melalui saat yang sukar dan saat yang menekan,” katanya.


 

SUMBER  MURAI.MY

Post a Comment

0 Comments