Ticker

6/recent/ticker-posts

Sera kongsi Suaminya kantoi lagi, netizen nampak tengah dating siap bergambar sakan dengan peminat

 


Drama cinta bersegi-segi dalam rumahtangga pelawak Shuk Sahar masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan suaminya itu didakwa curang lagi

Menerusi InstaStory, Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera berkongsi beberapa klip muzik lagu berkisarkan tentang kec.urangan dan hubungan yang tidak boleh diselamatkan lagi.


Ibu kepada dua cahaya mata itu, berkongsi klip muzik pendek lagu berjudul Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow dendangan Rihanna.


Menerusi mesej berkenaan, Sera menafikan dia bersama Shuk ketika itu dan mengatakan suaminya itu bersama wanita dikenali sebagai Farah.


Bukan itu sahaja, seorang lagi netizen turut mendakwa terserempak dengan pelawak berkenaan bersama Farah sambil bergambar dengan peminat tanpa segan silu berjalan berdua.


Mungkin sudah lali dengan hal kecurangan suaminya itu, Sera sempat menyindir Shuk dan skandalnya hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan ramai sudah melihat mereka keluar bersama.


Malah, Sera turut meminta meminta orang ramai yang melihat atau terserempak dengan mereka berdua supaya merakam video dan mengambil gambar sebagai bukti.



Sejak tahun lalu hangat diperkatakan mengenai hal rumah tangga Shuk apabila berlaku curang. Meskipun sudah berusaha memaafkan suaminya, Sera akui terkilan peluang diberikan disia-siakan.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments