Header Ads

Breaking

Tuesday, November 16, 2021

Netizen terpesona dengan 'kejambuan' Awal Ashaari persis 'BTS Melayu'

 


Persalinan yang digayakan pengacara popular, Awal Ashaari pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34), Sabtu lalu mencuri perhatian peminat kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, BTS.


Awal menyarungkan sut Louis Vuitton Fall/Winter 2021 yang pernah digayakan anggota kumpulan itu, J-Hope.


Awal berkata, baju itu diterbangkan khas dari Paris, Perancis daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 untuk digayakan pada ABPBH 34.


"Saya pun tidak tahu yang baju ini dipakai oleh seorang anggota BTS, cuma saya dapat tahu apabila ada orang 'forward' di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan saja baju sama, rambut pun sama juga. Sangat kebetulan.



"Apa yang pasti baju ini diterbangkan khas dari Paris iaitu koleksi Louis Vuitton Fall Winter 2021 untuk saya pakai pada ABPBH 34. Saya seronok sebab dapat bereksperimen dan terharu apabila peminat menghargai gaya itu. Okaylah, ini BTS Melayu," katanya kepada Harian Metro.


Menerusi komen peminat di TikTok, kebanyakannya melahirkan rasa kagum dengan penampilan Awal pada malam itu.


"Ini I approved," tulis ringkas seorang pengguna TikTok.



"POV: Awal is secretly an Army and his bias is Hobi (J-Hope)" kata seorang lagi warganet.


Difahamkan Awal turut menggayakan baju yang pernah dipakai seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook sewaktu mengacarakan sebuah program.


Untuk rekod, koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 diperkenalkan kepada umum pada Julai lalu.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.