Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramping walau baru lepas bersalin, netizen cemburu Ayda Jebat persis anak dara

 


CEMBURU betul Diva tengok penampilan terkini penyanyi dan juga pelakon, Ayda Jebat yang kembali langsing dan ‘bergetah’ selepas habis berpantang anak sulungnya.


Bukan setakat Diva sahaja, pasti wanita-wanita lain turut merasakan perkara sama apabila melihat Ayda. Walaupun sudah bergelar seorang ibu, dia kelihatan masih sama seperti dahulu.



Bahkan, rata-rata peminatnya mengatakan bahawa Ayda tidak kelihatan seperti seorang ibu, sebaliknya macam anak dara!

Melihat foto-foto yang dikongsikan Ayda dalam Instagram, ramai betul yang memuji bentuk tubuhnya yang langsing walaupun baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada September lalu.



Wah! Beruntung betul Ayda. Diva yang masih anak dara ini pun dah kelihatan seperti emak anak 10. Sedih!

Sumber : Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments