Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak sanggup tengok 'hujan' Iqbal, Semuanya temberang, plot twist kalah cerita Tamil, Kata Datuk Seri Vida

 


Datuk Seri Vida tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik (MV) single pertama berjudul Hujan nyanyian bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.


Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.


"Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami... try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.


"Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis... dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.


"Walaupun MV tu dah diubah menggambarkan saya yang tak bertudung, tak pakai bling-bling dan guna pelakon muda, tapi netizen masih dapat rasa persamaan cerita kami," katanya kepada mStar.


Lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi, Eric Fuzi yang dimuat naik di akaun YouTube Rusa Music itu menjadi trending nombor satu di laman berkenaan.


Mengulas mengenai kemampuan vokal Iqbal, Vida berkata lagu tersebut menerima sambutan hebat pendengar kerana kekuatan MV berkenaan.


Dia turut mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana akhirnya impian untuk meraih populariti dalam masa singkat tercapai hasil menjaja kisah cinta mereka.


"Sebenarnya kekuatan pada lagu ni adalah MV yang sangat kreatif... itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam pondan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.


"Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pembohongan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist... kalah cerita Tamil.


"Biarlah asalkan dia boleh raih populariti dia sanggup buat apa sahaja dan sekarang dia dah jumpa apa dia cari," ujarnya.

Sumber : mSar Online

Post a Comment

0 Comments