Ticker

6/recent/ticker-posts

Asbab Gajet, Anak Usia 4 Tahun Disahkan Bell’s Palsy

 


Seorang pengguna FB, Puan Farhah Amir telah berkongsikan di facebook mengenai anaknya yang kini berusia 4 tahun iaitu Nur Aileen Faqeeha disahkan mengalami bell’s palsy akibat tekanan pada saraf asbab melihat gajet.


Mujurlah Allah bagi peringatan awal


My pretty baby.. Mama cried inside…Pray for baby... Dia ni tak macam abang Ariq. Apa-apa pun tak bagitahu mama..Independent konon. Mungkin hari ni dah 4 hari dia kena Bell’s palsy.


Sebenarnya lebih rasa bersalah. Mama sibuk kerja lepas tu tinggal dia kat rumah siap bagi tab. Sebelum ada Aniq, kami tidur bergelap. Bila tutup semua lampu, dia orang dah faham yang tak boleh tengok telefon atau tab. Kena baca doa dan tidur. Dia orang memang senang tidur kalau gelap.


Tapi sejak ada Aniq, memang 1 lampu depan toilet akan terpasang. Baby akan tengok tab atau telefon mama hala kat lampu tersebut. Dah masuk 4 bulan macam ni, tiba-tiba Allah nak tunjuk kali ni.

Mama lupa yang biasa buat tiap-tiap malam dengan abang dan baby sebelum tidur. Mama biar abang dan baby tidur sendiri. Mama biar abang dan baby mandi sendiri.

Alhamdulillah, syukur Allah tegur awal-awal. Semoga baby diberikan kesembuhan. Mama sedih sebab macam-macam baca kat Google.. Jadi mama kena kuat.


Berlaku radang pada salah satu saraf muka


Selepas buat pemeriksaan dengan pakar paediatrik, doktor cakap nasib mama datang cepat. Ada sesetengah ibu bapa sanggup bawa anak pergi mengurut sebab percaya yang bell palsy ni strok macam orang dewasa.


Doktor beritahu, within 72 jam masih boleh diberi ubat dan bell’s palsy ní berlaku sebab radang di salah satu saraf kat muka.


Doktor cakap bergantung pada kanak-kanak. Tapi bell’s palsy ni sebab saraf. Ini kerana bell’s palsy adalah disebabkan ada radang pada salah satu saraf pada muka. Kawasan di antara belakang telinga dan depan telinga.


Apabila Radang Dah Terjadi, Dengan Mata Yang Lebih Masa Menghadap HP/Tab Membuatkan Saraf Jadi Lebih Stres. Disebabkan Itulah, Ia Membuatkan Berlaku Lebih Tekanan Pada Saraf Yang Mengalami Radang.


Doktor juga menjelaskan sentiasa berhati-hati dengan kecedeeraan anak terutama bahagian telinga dan wajah. Jadi buat masa sekarang doktor on ster0id untuk sebulan, dan rujuk pada klinik pakae mata.


Jumpa doktor pakar mata, periksa mata, alhamdulillah sekali lagi doktor cakap máta dia ok cuma dah nak kering. Ada 2 jenis ubat doktor bagi. Yang cecair untuk drop/titik.. Yang satu lagi jenis gel.

Sumber : FB Farhah Amir (Siti Farhah)

Post a Comment

0 Comments