Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Ini Dedah Perangai 'DIVA' Warga Asing Di Pusat Pemindahan Sementara, Orang Tempatan Pun Tak Demand Macam Ni...

 


Sabtu lalu merupakan antara sejarah hitam yang semestinya akan diingati sampai bila-bila terutamanya kepada penduduk pantai barat terutamanya negeri Selangor.


Masakan tidak, banjir yang melanda kali ini dianggap antara yang paling teruk pernah dihadapi mereka yang sudah sekian lama tinggal di Selangor.Ramai yang kehilangan harta benda dan tidak lupa juga ada yang kehilangan orang tersayang.

Susulan banjir melanda, ramai maangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga banjir reda.

 Namun, ada yang tak sedap didengar apabila seorang lelaki berkongsikan sikap warga asing di pusat pemindahan yang ‘demand’. Tidak dapat dipastikan pusat pemindahan mana yang dimaksudkan, namun di ruangan komen ada yang mendakwa di seksyen 25.


Menurutnya, makanan yang dihantar ke pusat pemindahan sememangnya banyak sehingga ada yang basi kerana tidak di makan.

 Katanya, dia juga tidak akan membawa makanan selepas ini kerana warga asing di pusat pemindahan tersebut memilih makanan.


Meluahkan rasa kesal, ada yang tidak mahu makan nasi lemak yang dibawa kerana mahukan nasi ayam.

Katanya lagi, sebaik sahaja dia memasuki pusat pemindahan itu dia merasakan seperti tidak berada di Malaysia kerana dilimpahi dengan warga asing.

 Turut mengulas mengenai beberapa pasaraya dipeecah masuk, lelaki itu berkata kebanyakannya warga asing. Katanya, ada yang tidak dapat keluar namun tidak mahu berpindah.

Ujarnya lagi, apabila melalui kawasan banjir menaiki bot sudah tentu barangan dibawa akan basah. Namun, ada yang cerewet apabila plastik makanan basah sedangkan makanan masih elok.




Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kesal serta simpati dengan apa yang dilalui lelaki itu yang sudah berpenat lelah untuk membantu.

Sumber : TikTok Zamexciter


Artikel dari : ROTlKAYA

Post a Comment

0 Comments