Ticker

6/recent/ticker-posts

Makcik Rohayati terkilan apabila dituduh MENCURl barang makanan di Pasaraya Mydin.

 


Seorang wanita di Taman Seri Muda, Sesyen 25, di sini meluahkan rasa terkilan apabila dituduh mencuuri barang makanan di Pasaraya Mydin.


Wanita terbabit, Rohayati Salleh, 50an, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mencer0boh pasar raya itu untuk mencuuri makanan seperti ditularkan di laman sosial termasuk aplikasi Tik Tok sejak Isnin.

Menurut Rohayati, dia kebetulan berada di hadapan Mydin ketika pasar raya berkenaan dicer0boh dan lebih malang menjadi antara individu yang dirakam orang awam.

"Gambar saya masuk dalam media sosial tetapi saya bukan ambil barang dari Pasaraya Mydin, saya ada di lokasi selepas mendapatkan bekalan makanan dari badan bukan kerajaan (NGO) di luar," katanya.


Rohayati merupakan antara maangsa banjir yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Muda, Sesyen 25 yang ditemui Sinar Harian pada Rabu.


Wanita itu menyedari gambarnya viral di media sosial pada Rabu dan berharap niat ikhlas membantu mngsa yang lain tidak disalah erti oleh netizen di laman sosial.


"Saya pegang makanan semasa gambar dirakam, apa yang saya ambil itu dari NGO kat luar untuk diagihkan kepada mngsa banjir di SK Taman Seri Muda ini.


"Saya dan seorang lagi rakan adalah wakil dan kami cuma lalu di kawasan itu dan berada di atas bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa itu," katanya lagi.


Pada Selasa, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang mencuuri barangan di cawangan Mydin di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.



Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) itu berkata, sejujurnya beliau tidak menyokong perbuatan mencuuri dilakukan di premis tersebut.


Namun katanya, keadaan darurat mungkin menyebabkan penduduk setempat tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan itu demi kelangsungan hidup.


“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan tiba lambat dan bukan niat yang sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments