Ticker

6/recent/ticker-posts

Musibah banjir, keadaan tidak parah andai kita bersedia, kata Pakar

 


Kemuusnahan akibat bencana pasti tidak akan begitu parah seandainya kita serba-serbi bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang boleh dijangka.

Apatah lagi sudah diketahui penghujung tahun adalah musim tengkujuh ekoran monsun timur laut, seharusnya persediaan itu tidak hanya dibuat di kawasan atau negeri kerap dilanda banjir sahaja tetapi seluruh negara.



Ini kerana, tegas pakar meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Prof Datuk Azizan Abu Samah, ini bukan pertama kali Malaysia dilanda banjir dan sepatutnya jangkaan itu dibersamakan dengan langkah proaktif di setiap peringkat.

“Risiko kita hanya banjir, kerana kita adalah kawasan ‘water suplus’ atau lebih air. Satu tahun di Malaysia hujan kita lebih kurang 2 meter dan Borneo 4 meter satu tahun.

“Ia akan menjadi bencana sekiranya kita tak merancang bagaimana untuk menangani keadaan ini. Kita tak boleh tak adakan banjir ini, ia tetap akan datang,” katanya.



Pada masa sama katanya, dengan teknologi cerapan yang canggih hari ini sepatutnya dapat membuat jangkaan lebih awal, dan agensi-agensi kaji cuaca sepatutnya "membunyikan loceng amaran” untuk perhatian dan tindakan kerajaan.

Maka dek kurangnya persediaan itu, Azizan melihat kita baru hanya bertindak apabila bencana sudah menimpa dan terserlah kecelaruan dan carca marba dalam koordinasi antara setiap pihak dalam mengharungi waktu kecemasan ini.

Sumber : ASTR0 AWANl

Post a Comment

0 Comments