Ticker

6/recent/ticker-posts

Semua orang berhak untuk membida, saya tiada kena mengena dengan isu ini, kata Aliff Syukri

 


"Tolong jangan libatkan saya! Semua orang berhak untuk membida, saya tiada kena mengena dengan isu ini. Biarpun dia bekerja sebagai pembantu peribadi saya, namun itu haknya untuk membeli".


Demikian penjelasan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila diminta mengulas mengenai seorang individu yang bertindak membida aset milik Nur Sajat dan kemudian dikatakan menghilangkan diri.



Netizen mula mencari nama lelaki berkenaan dan mendapati profil media sosialnya tertulis kerjaya sebagai pembantu peribadi kepada Aliff Syukri.


"Sekiranya dia (individu terbabit) ingin membeli, itu berada di luar bidang kuasa saya. Memang dia bekerja untuk saya, namun dia mempunyai hak untuk membuat pilihan membeli dan sebagainya. 


"Kebanyakan barang-barang di dalam rumah Sajat itu adalah barang saya, jadi untuk apa saya hendak membelinya. Jika diikutkan hiasan dalam rumah saya pun sudah cukup banyak.



"Mungkin ada yang mengaitkan saya kerana pada pagi semalam saya menitipkan kata-kata semangat buatnya. Takkan itu pun salah?. Kadangkala rakyat Malaysia gemar memperbesarkan perkara kecil," katanya kepada Harian Metro. 


Aliff kini bercuti bersama keluarganya di Turki.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments