Header Ads

Breaking

Thursday, January 13, 2022

Guru Madrasah dan pelajar didenda kerana masuk hutan tertutup tanpa memiliki permit

 


Guru di sebuah madrasah bersama seorang pelajarnya didenda masing-masing RM1,500 oleh Mhkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan mencer0boh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik tahun lalu.


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifili, 34, dipenjaara selama enam bulan sekiranya gagal membayar deenda itu.


Hakim Najwa Che Mat membuat keputusan itu selepas kedua tertud0h mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.


Mengikut pertuduhan, mereka dituduuh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 23, Hutan Simpan Rimba Teloi tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal pada 11.30 pagi, 23 Ogos lalu.



Mereka didakwa mengikut Subseksyen 47 (1) (c) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang diterima pakai oleh Kedah di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihuk0m mengikut subsesyen 47 (4) Enakmen yang sama.


Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjaara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Naquiah Jusoh dan Naliatul Huzaimi b Ab Rasip, manakala kedua-dua tertuduuh tidak diwakili peguam.


Mengikut fakta kes, Ismail yang juga guru madrasah di Kampung Tmbak B di Kuala Ketil, Baling dan Kairulanuar dari Kampung Padang Kuli, Kuala Ketil ditaahan anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) yang melakukan rondaan di hutan simpan berkenaan pada 11.30 pagi 23 Ogos tahun lalu.


Kedua-dua mereka dijejaki selepas anggota yang bertugas mendengar bunyi mesin gergaji rantai sebelum mereka ditemui sedang berehat di kawasan lapang yang sudah dibersihkan selain terdapat pembakaaran kayu di situ.


Selepas gagal mengemukakan permit memasuki hutan simpan kekal mereka ditaahan dan anggota bertugas turut meraampas tiga bilah parang, tiga tong minyak dan tiga motosikal.



Terdahulu, kedua-dua tertuduuh dalam rayuan meminta denda dikurangkan berikutan orang susah dan menanggung keluarga.


Bagaimanapun Naquiah memohon satu hukuman setimpal dikenakan memandangkan mereka melakukan kesalahan mencer0boh hutan simpan.


Ini kerana katanya, hutan simpan adaIah kawasan tadahan air bagi mengelak berlakunya bencaana alam.


Kedua-dua tertuduuh kemudiannya membayar denda berkenaan di Kompleks Mhkamah Sungai Petani.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.