Ticker

6/recent/ticker-posts

Menurut kajian, lelaki berisiko pendek umur jika hidup bujang lebih tujuh tahun?

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Kajian itu malah mendapati perceraian memburukkan situasi dengan mengakibatkan masalah kesihatan dalam kalangan lelaki pertengahan umur.


Lapor Daily Mail, kajian itu mendedahkan lelaki dalam kategori berkenaan mempunyai tahap keradangan lebih tinggi dalam badan mereka.


“Tindak balas biologi terhadap tekanan ini dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti risiko kematian lebih awal, serngan jantung, str0k, kaanser dan demeensia,” jelas laporan itu.



Kajian membabitkan seramai 4,835 individu berumur 48 hingga 62 tahun itu, antara lain meneliti perceraian, putus cinta dan tempoh hidup bersendirian antara 1986 dan 2011.


Lelaki yang mengalami putus cinta sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh itu didapati mempunyai tahap interleukin 6 dan protein C-reaktif iaitu 17 peratus lebih tinggi dalam daraah mereka yang menunjukkan keradangan.


Ia amat berbeza dengan lelaki mempunyai hubungan perkahwinan yang stabil.



Bagaimanapun, tiada peningkatan dalam tahap keradangan bagi golongan wanita yang mengalami pelbagai keretakan hubungan mahupun hidup bersendirian untuk tempoh masa lama.


“Bukti menunjukkan lelaki lebih bergantung kepada wanita berbanding sebaliknya. Jadi, dalam situasi ini, golongan lelaki lebih terdedah jika kehilangan mereka,” kata pengarang kanan kajian dari Universiti Copenhagen, profesor Rikke Lund.


Hasil kajian itu disiarkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health. –AGENSI

Sumber : Utusan

Post a Comment

0 Comments