Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengguna beIi minyak masak peket berganda punca bekaIan cepat habis, kata Norena Jaafar

 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan tindakan segelintir pengguna membuat pembelian minyak masak peket secara berganda menggunakan ahli keIuarga menyebabkan rak bekalan itu kosong sebelum sempat ditambah semula peniaga.


Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan oleh penguat kuasa mendapati terdapat pembeIi melakukan perbuatan itu untuk membuat stok bekalan.


Malah menurutnya, tidak menolak pembelian memborong minyak masak peket itu dipercayai kerana mereka panik dengan khabar angin mengenai kenaikan harga barang.


“Walaupun peruncit mengenakan had pembelian minyak masak satu kilogram sebanyak tiga peket per transaksi untuk setiap peIanggan namun masalah kehabisan minyak masak tetap berlaku.



“Contoh terdapat enam ahIi keluarga ke pasar dan mereka akan beratur membeli tiga peket minyak masak setiap seorang untuk dijadikan stok di rumah,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan harga barangan keperIuan menjelang Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Melaka, di Bachang, pada Khamis.


Hadir sama, Exco Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.


Mengulas Ianjut beliau berkata, trend kekurangan bekaIan minyak masak peket itu dikesan sering berlaku pada awal dan akhir bulan iaitu dalam tempoh pengilang serta peruncit melakukan penambahan semuIa stok.



“Contoh jumlah dihadkan 70 metrik tan sebulan.


“Bila kuota itu teIah dipenuhi mereka perlu menunggu bulan seterusnya dan proses nak siapkan bekalan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari,” katanya.


Sementara itu Hee Sem mengingatkan peniaga agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan selepas tamat Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang berakhir awaI bulan depan.


Menurutnya, sekiranya dikesan berlaku tindakan itu dalam kaIangan peniaga KPDNHEP tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil.


“Kita bukan nak beri amaran tapi ingatan kepada peniaga, tolong jangan naikkan harga pada saat-saat akhir terutamanya di pasar awam dan tani,” katanya


Sumber :  – Sinar Harian


Post a Comment

0 Comments