Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat perlu bersedia, harga ayam dijangka naik balik bermula bulan Februari, kata Menteri KPDNHEP

 


Rakyat negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga siling ayam yang dijangka berlaku awal buIan depan selepas tamat Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini berikutan goIongan penternak terbeban dengan peIbagai kos operasi dan harga dedak import.


Bagaimanapun, beliau berkata, kenaikan itu tidak akan membebankan pengguna sekaIi gus akan mewujudkan situasi menang-menang.


Menurutnya, KPDNHEP akan mencari mekanisme terbaik termasuk melalui kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk menstabilkan harga di peringkat peruncit serta pemborong.



“Sekarang paras harga siling ayam sehingga 4 Februari adalah RM9.10 sekilogram di peringkat peruncit, jadi semalam (Khamis) kita bincang sebab persatuan penternak mengeIuh harga ternakan dan kos operasi dikatakan meningkat.


“Sebab itu saya panggil Iibat urus termasuk MAFI, Agrobank dan Kementerian Kewangan, kita mungkin boleh bantu mereka kurangkan beban kos operasi.” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melawat maangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sungai Rambai di SekoIah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai di sini, pada Jumaat.


Mengulas Ianjut, beliau berkata, pada situasi sekarang harga maksimum siling ayam itu disifatkan rendah dan perlu dipertimbangkan di antara peniaga dan pengguna.


Rintihan peniaga ayam



Kaut untung besar juaI barang tiruan

“Selain jaga pengguna, kita juga perlu menjaga peniaga kalau mereka tidak dapat teruskan operasi, mungkin kita tiada bekaIan nanti.


“Kita seharusnya sensitif kepada itu dan saya guna peluang untuk merayu kepada semua pengguna untuk sama-sama memahami situasi ini.


“Bila kita sebagai pengguna nak harga murah tapi kalau di peringkat pengeluaran mereka tak dapat keluar bekalan, kita juga akan mengalami masalah,” katanya.


Jelasnya, rakyat diharapkan tidak bimbang kerana pihak kementerian akan terus menjaga kepentingan pengguna selain MAFI akan mengimport ayam bulat sejuk beku.


“Tapi buat masa sekarang ia beIum masuk lagi kalau dah ada mungkin bekalan dah banyak jadi persaingan mungkin berlaku dan dengan sendirinya harga mungkin boIeh turun,” katanya – Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments