Ticker

6/recent/ticker-posts

Sistem Pendidikan Kini Makin Menyusahkan Otak Murid Sekolah Rendah, Penggubal Silibus Nak Apa Sebenarnya?

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanya untuk hiasan semata-mata.

Seorang pengguna facebook bernama Arif Atan telah berkongsikan tentang tahap pendidikan murid sekolah rendah masa kini. Ramai yang beranggapan silibus terkini dilihat menyusahkan kanak-kanak. Apa pula pandangan anda?


Dr Anuar Ahmad dalam Awani tadi kata Malaysia berdepan dengan masalah murid yang gagal menguasai kemahiran '3M' iaitu "membaca, menulis dan mengira".

Sukatan mata pelajaran terlalu tinggi untuk anak-anak. Kandungan kurikulum sekolah rendah di negara kita adalah berat.

Hal ini, jelasnya, tidak membantu perkembangan pemikiran murid. 

"Kita mahu melahirkan anak-anak yang mempunyai pemikiran kritikal seterusnya kreatif. Kita mahu mereka melakukan kesilapan dan belajar memperbetulkannya," kata Dr Anuar. 

Tapi bilangan subjek bagi sekolah rendah di Malaysia terlalu banyak jika dibandingkan dengan negara lain. Kandungan setiap subjek juga banyak.

Mengapa, ya? Pihak yang menggubal sukatan pelajaran ini tidak sedarkah kemahiran '3M' itu sebagai tapak yang paling penting diperkukuh terlebih dahulu? Murid sepatutnya rasa seronok datang ke sekolah. 





Di bangku sekolah rendah juga, sepatutnya murid-murid sebagai bakal warganegara bertanggungjawab diasuh dengan nilai sivik termasuk menjaga kebersihan dan menghormati hak orang lain bukan dibebankan dengan konsep ilmu berat-berat.

Tapi kalau '3M' pun tak lepas, dah disumbat dengan segala konsep berserta jargon yang aneh-aneh lagi berat untuk masuk dalam telinga murid sekolah rendah, bagaimana mereka boleh rasa seronok untuk datang ke sekolah seterusnya membesar sebagai warganegara yang bijak, berjiwa insani, kritis lagi kreatif? 

Kalau kita tengok kandungan buku murid sekolah rendah sekarang pun, terbeliak biji mata. Topik dan konsep, perkataan yang kita jumpa di sekolah menengah sehingga tahun 2010, sekarang dah muncul dalam buku sekolah rendah! 

Mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya terlalu disibukkan dengan mengajar hukum tatabahasa itu, ini. Mereka masih sekolah rendah! Bina ayat mudah pun ramai terkial-kial lagi sebab masalah '3M' yang belum benar-benar selesai! 

Adakah sistem pendidikan negara sekarang mahu melahirkan generasi yang jahil akibat awal-awal lagi minat mereka dicantas untuk belajar sejak di bangku sekolah rendah lagi?

Mengapa sistem pendidikan sekarang perlu menyusahkan otak dan mendeera akal fikiran murid-murid sekolah rendah? 





Bukankah sekolah rendah sepatutnya jadi tempat yang seronok untuk kanak-kanak belajar, bermain, berkomunikasi dan diasah berbudaya baik sebagai warganegara?

Matematik Tahun 6 pun sudah ada topik "Kebolehjadian" yang merupakan konsep Kebarangkalian. Dulu topik ini hanya mula belajar semasa di sekolah menengah. 😟

Mengejutkan! Sains Tahun 3, murid-murid yang belum akil baligh dah diajar cara tumbuhan membiak. Umur 9 tahun dah diasak dengan jenis urat daun dan jenis akar. Darjah 3 juga tak sabar-sabar nak disumbat pasal komponen mesin. 

Bahasa Melayu Tahun 1 pula, murid sudah ditekan untuk mencari kesalahan ejaan! 

🚽🧻 Mengapa penggubal sukatan pelajaran begitu zalim terhadap murid-murid sekolah rendah? Mereka dulu pun kalau generasi sekolah rendah awal 90-an belajar "Alam Dan Manusia" yang tak masuk dalam kiraan gred bagi UPSR pun. 

Apa sebenarnya sistem pendidikan kita mahu?


Sumber : FB Arif Atan

Post a Comment

0 Comments