Ticker

6/recent/ticker-posts

Di manakah maruah menjadi seorang penghibur pada masa kini? Sampai begini kita dipermainkan,!, kata Razzi Rahman

 


Kontroversi melibatkan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli masih lagi berkesudan. Baru-baru ini ahli kumpulan Floor88 iaitu Eric Fuzi turut terkena tempias kritikan dari netizen.

Ahli kumpulan Floor88 ini berkata dia menerima banyak mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan berusia 27 tahun itu dipilih menyertai program Big Stage 2022.


Kata Eric, 30, netizen menyalahkannya seolah-olah menjadi punca Iqbal terjebak sebagai penyanyi hingga layak menyertai pertandingan nyanyian untuk bakat baharu itu.


Terbaru, viral satu posting di media sosial yang telah dikongsikan oleh Razzi Rahman melalui facebook miliknya yang menyatakan dia amat terasa dan terkesan sekali apabila dipermainkan begini. Ini adalah satu tahap baru yang terendah bagi industri hiburan Malaysia.


berikut adalah tulisan beliau yang setakat artikel ini ditulis sudah menerima lebih 2.6k tanda like, 1.9k komen dan mendapat lebih 1.1k perkongsian.


AMAT TERASA sekali apabila dipermainkan begini!! Ini adalah satu tahap baru yang terendah bagi industri hiburan di Malaysia.

Malah terasa hinanya apabila Juri profesional, composer AJAI, yang berpengalaman berdekad-dekad lamanya dengan kejayaan producing pelbagai artis profesional terpaksa meluangkan masa menjadi juri kepada  lelaki ini, di Big Stage...

Malah penyanyi profesional yang sudah memiliki beratus-ratus anugerah dari dalam dan luar negara, Dato' Siti menjadi confused dan serba salah untuk memberi markah kepada penyanyi lelaki ini. Dan terasa seolah-olah ini semua lakonan semata-mata.

Dan semua ini ditonton persembahannya secara langsung di hadapan berjuta-juta rakyat Malaysia - Malah ia bukanlah satu uji bakat.

Di manakah tahap KUALITI rancangan program TV hiburan di Malaysia sekarang ini??...

Ia seperti…Viral itu lebih penting daripada menonjolkan penyanyi dan penghibur yang bagus dan berkualiti tinggi! JIKA IANYA GURAUAN sekali pun... well its NOT FUNNY!

Di manakah maruah menjadi seorang penghibur pada masa kini?

Kita semua sendiri pun boleh memikirkan begitu ramai penyanyi yang jauh lebih layak yang patut diberi peluang mendapat satu tempat dalam siaran TV nasional Perdana. 

Penyanyi-penyanyi baru, yang telah lama berusaha keras untuk berjaya, yang bagus-bagus tetapi langsung tidak dihiraukan. 

Sepatutnya BIG STAGE ini boleh menjadi satu platform untuk showcase mereka ini. Dan ianya boleh membuka satu peluang besar kepada mereka untuk berjaya di dalam bidang muzik,

SEBALIKNYA... yang tak pernah berniat nak jadi penyanyi, yang takkan lepas audition menyanyi, yang ke laut dalam, TETAPI hanya sebab viral dengan perhubungan cinta monyet b0doh yang ditonjolkannya!

Apa sudah jadi dengan Industri hiburan tanahair hari ini? Amat mengecewakan!

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen sangat bersetuju dengan penulisan dari tuan Razzi Rahman.Kejar rating smpai sggup jdi bahan kutukan org. Bukan dorg ni xtau, apa yg dorg buat jdi bahan netizen je. Ckup2 la dgn publisiti murah mcm ni. Stesen tv pun please la. Stesen tv ni berbayar ya. Cerdik skit harapnya lps ni.




p/s : admin juga setuju sangat dengan pandangan dari tuan Razzi Rahman. Industri kita semakin mundur kerana sikap mereka yang tidak kisah dengan kualiti dan bakat , janji view tinggi dan mendapat pulangan lumayan.


Dikala negara lain semakin mementingkan bakat dan kualiti seseorang negara kita semakin kebelakang kerana diuruskan oleh mereka yang mementingkan duit semata-mata dan tidak memikirkan kesan buruk pada kemudian hari.


Sumber artikel : FB Razzi Rahman

Post a Comment

0 Comments