Ticker

6/recent/ticker-posts

Selepas diuji banjir air bulan lalu, Kuala lumpur dibanjiri warga asing pula hari ini

 


Orang ramai terutamanya warga asing mula membanjiri kawasan ibu kota bermula jam 10 pagi sempena cuti Tahun Baharu Cina, hari ini.


Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan warga asing daripada Bangladesh, Nepal dan Myanmar memenuhi kawasan di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Silang, di sini.


Ada antara mereka membanjiri kawasan terbabit untuk membeli barangan keperluan, bersiar-siar bersama rakan dan ada yang mengambil peluang melepak di tepi jalan.


Keadaan dilihat agak membimbangkan ekoran kurangnya penjarakan sosial antara satu sama lain memandangkan pandemlk C0vid-19 masih berleluasa.


Pemandu teksi, Rosli Osman, 59, berkata, meskipun keadaan seakan-akan ramai dan warga asing berkumpul di kawasan sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, ia tidak seramai seperti sebelum ini.


"Cuti umum kali ini tidak semeriah seperti dulu dan orang pun sebenarnya kurang daripada sebelum ini mungkin ramai yang tidak keluar kerana bimbang dijngkiti wbak C0vid-19.


"Jika dilihat dari segi penjagaan prosedur operasi standard (SOP) pula, kebanyakan mereka memakai pelitup muka namun tidak berapa menjaga jarak antara satu sama lain," katanya.


Sementara itu bagi pasangan suami isteri, Muhammad Nazirul Atif Othman, 23, dan Nur Syakirah Mohd Taupik, 21, berkata, mereka masih dapat melihat kawalan ketat di kawasan sekitar Pasar Seni dengan adanya pengawal di setiap pintu keluar masuk.



"Di luar kawasan juga kami dapat lihat warga asing ini masih mengamalkan SOP dengan pemakaian pelitup muka namun ada juga segelintir yang hanya letak di dagu dan pemakaian yang tak sempurna.


"Bahkan, agak membimbangkan kerana mereka kurang menjaga jarak dan masih duduk berdekatan antara satu sama lain," katanya.


Katanya, mereka mengakui keadaan ini agak membimbangkan kerana wbak C0vid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya dan memerlukan kerjasama oleh semua pihak.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments