Ticker

6/recent/ticker-posts

Tutup je la, tanpa Facebook dan Instagram pun kami tiada masalah, kata Kesatuan Eropah

 


Sebelum ini kecoh di media sosial satu berita yang mengatakan Meta kini berhadapan dengan masalah apabila terdapat kemungkinan besar Facebook dan Instagram akan ditutup di Eropah.


Ini adalah kerana Meta perlu mengikut undang-undang Eropah yakni menyimpan dan memproses segala data di situ.


Apa yang dilakukan oleh Meta dengan penyimpanan data di luar Eropah adalah melanggar undang-undang Kesatuan Eropah jika mahu beroperasi di negara-negara sana.



Lanjutan daripada itu, semasa konferens di Paris, Menteri Ekonomi German, Robert Habeck dan Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire telah memberikan komen tambahan mengenai perkara ini.


Jelas mereka, Eropah sendiri tiada masalah jika ketiadaan Facebook, malah memberi jaminan bahawa kehidupan tanpa Facebook masih baik.


Robert Habeck turut berkata Facebook dan Twitter beliau pernah digodam dan setelah 4 tahun menjalani kehidupan tanpa media sosial itu, hidupnya lebih ceria.



Natijahnya, jika sesuatu syarikat mahu berurusan dengan negara-negara Eropah, maka mereka perlu mengikuti undang-undang di sana.


Sekarang ini apa yang pasti, jika Meta mahu kekal beroperasi di Eropah, sudah tentu mereka terpaksa mengikuti undang-undang Kesatuan Eropah iaitu menyimpan data dan memprosesnya di sana.


Sumber: Bloomberg

Artikel dari wiser

Post a Comment

0 Comments