Ticker

6/recent/ticker-posts

La Nina Berterusan Sehingga Mei, Angin Kencang Dan Hujan Lebat Dijangka Di Pantai Timur, Sabah, Sarawak

 


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter rasminya berkongsi tinjauan cuaca bagi tempoh lima bulan bermula Februari 2022 hingga Julai 2022.


Katanya, kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan La Nina sedang berlaku dan berterusan sehingga Mei.


Fenomena La Nina (hujan berintensiti tinggi) dan Fasa Monsun Timur Laut menyebabkan hujan lebat dan ribut petir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negara ini.


Menurutnya, Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 3 November 2021 dan ia dijangka akan berterusan sehingga Mac 2022.


Sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan di antara 10 hingga

20 kilometer per jam.


Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.


Dalam pada itu, Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia turut berkongsi tinjauan cuaca bagi tempoh Februari hingga Julai 2022.


Februari 2022


Pada bulan Februari 2022 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata, iaitu antara tiada hujan hingga 250 mm. Di Sarawak kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm hingga 400 mm, kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu yangdijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 300 mm hingga 700 mm. Negeri Sabah dijangkakan menerima hujan pada paras purata di Bahagian Pantai Barat dan Pedalaman iaitu antara 50 mm hingga 100 mm, manakala di Kudat, Sandakan dan Tawau dijangkakan menerima hujan sedikit diatas purata iaitu antara 100 mm hingga 400 mm. Bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan

pada purata iaitu antara 100 mm hingga 150 mm.


Mac 2022


Pada bulan Mac 2022 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm. Kebanyakan kawasan di Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm hingga 450 mm. Di Negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50 mm hingga 150 mm, kecuali di Bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 150 mm hingga 300 mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara 100 mm sehingga 150 mm.


April 2022


Pada bulan April 2022 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50 mm hingga 400 mm. Sebahagian kawasan di Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm hingga 300 mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 150 mm hingga 300 mm. Di negeri Sabah dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu pada 50 mm hingga 250 mm manakala Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm hingga 250 mm.


Mei 2022


Bulan Mei 2022 keadaan cuaca Negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya. Pada bulan ini kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm, kecuali di Melaka, Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 50 mm hingga 200 mm.


Negeri Sarawak, Bahagian Timur, dijangka menerima hujan pada paras purata antara 150 mm hingga 400 mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 150 mm hingga 200 mm. Negeri Sabah dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 50 mm hingga 350 mm manakala WP Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 250 mm hingga 350 mm.


Jun 2022


Bagi bulan Jun 2022, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras

purata antara 150 mm hingga 300 mm. Manakala negeri Sabah dan W.P Labuan juga dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm.


Julai 2022


Pada bulan Julai 2022, Semenanjung Malaysia dijangkakan akan menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras

purata antara 150 mm hingga 350 mm. Manakala Negeri Sabah dan W.P Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm.


Met Malaysia turut berkongsi jumlah hujan bulanan di mana kebanyakannya diramalkan pada jumlah purata iaitu berlaku peningkatan atau pengurangan lebih kurang daripada 20 peratus daripada purata jumlah hujan jangka panjang.


Manakala beberapa lokasi diramalkan sedikit melebihi purata iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus hingga 40 peratus daripada purata jumlah hujan jangka panjang.


Artikel diambil dari sinar plus

Post a Comment

0 Comments