Ticker

6/recent/ticker-posts

Elak musim bencana alam, cadang cuti sekolah dianjak ke pertengahan tahun, nasihat Pakar Meteorologi

 


Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan cadangan menganjak sesi cuti tahunan persekolahan yang dijadualkan pada penghujung tahun ke pertengahan tahun.

Ini kerana kata Pakar Meteorologi Universiti Malaya Profesor Datuk Azizan Abu Samah banyak kejadian bencaana alam yang berlaku pada hujung tahun yang disebabkan musim Monsun Timur Laut.

“Pendapat saya agar kerajaan baharu boleh mempertimbangkan usaha anjakan cuti sekolah panjang ke bulan Jun, Julai atau September.

“Banyak kali negara berdepan bencana seperti kes melibatkan kanak-kanak dan keluarga yang maaut akibat tanah runtuh, maati lemas dan sebagainya.


“Cadangan ini mungkin boleh diteliti bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi apabila ramai pelajar yang mengambil peluang beriadah pada hujung tahun yang mana kita tahu bulan yang terdedah kepada risiko bencana alam,” katanya kepada Astro AWANI.

Jelas beliau lagi, ibu-bapa juga harus peka dengan keadaan cuaca pada penghujung tahun dengan mengelak untuk pergi ke lokasi percutian berisiko tinggi.

“Sesi cuti panjang di sekolah United Kingdom (UK) bermula pada musim panas. Ini kerana bagi memberi laluan kepada pelajar di sana bercuti dalam cuaca lebih selesa dan kurang risiko bencana.

“Misalnya nak pergi berkhemah pun boleh. Mungkin pihak Kerajaan boleh pertimbangkan cadangan ini demi keselamatan dan keselesaan anak-anak ketika menghabiskan cuti sekolah mereka,” katanya lagi.



Pantau Kerajaan Baharu | Cuaca tidak menentu, elak risiko bencana buruk

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesahkan terdapat guru dan murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata lawatan dan perkhemahan kumpulan di lokasi terbabit bukan anjuran pihak sekolah sebaliknya merupakan kunjungan persendirian.


Sumber : AWANI

Post a Comment

0 Comments