Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

 


Kumpulan penyanyi wanita baharu, Stellar mengakui sudah bersiap sedia menempuh realiti dunia hiburan termasuk berdepan dengan apa jua kritikan serta komen daripada khalayak.

Bagi empat gadis muda ini, semua perkara berkaitan itu sudah diambil kira dan masing-masing mempersiapkan diri demi memastikan mereka mampu mempertaruhkan bakat dalam industri muzik.

“Saya rasa yang membezakan kami adalah style ataupun genre. Macam Dolla mereka seperti Blackpink sikit, manakala The Gadys lebih kepada dangdut. 


“Kami nak bersaing dengan cara positif. Masing-masing berbeza dan ada identiti sendiri. Kalau mereka boleh, kenapa kami tak boleh. 



“Insya-Allah kami yakin kami boleh pergi jauh disamping memeriahkan industri seni. 


“Stellar boleh dikatakan merangkumi semua genre, ada tradisional, mostly kami pop. Tapi akan experiment dengan genre lain juga,” kata Farisa.

“Kami mempunyai cita-cita tinggi dan mahu berusaha pergi ke peringkat antarabangsa jika ada rezeki. Jadi kami sudah beritahu sesama kami yang kami perlu kuat fizikal dan mental.


“Ya bukan mudah, perjalanan kami masih panjang dan baru bermula, tetapi kami takkan mudah mengalah,” kata Farisa ketika sesi minum petang bersama media baru-baru ini.



Mempertaruhkan lagu pengenalan berjudul Where You Wanna Go, Stellar dianggotai Farisa, Hasya, Sheena dan Hany dengan misi tersendiri memperjuangkan hala tuju karier mereka.


“Mesej lain yang ingin disampaikan adalah tentang persahabatan sesama kami dalam membina karier sebagai kumpulan wanita, menetapkan corak pemikiran serta sikap yang tepat.


“Lagu ini secara keseluruhannya berkaitan dengan keyakinan diri. Antara baris lirik yang kami tekankan dalam lagu ini seperti ‘akulah ratu dan raja sekali’, ia memboleh kita untuk hadap apapun dugaan hidup yang menimpa,” kata mereka senada.

Sumber : BOOM

Post a Comment

0 Comments