Ticker

6/recent/ticker-posts

Awak buka aib, ajar anak2 untuk maki hamun saya, luah Menantu Zainal Abidin

 


Ramai yang sudah tahu tentang isu pergaduhan yang melibatkan dua isteri bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. 


Malah, anak Zainal Abidin, Zaifiq Zainal telah memuat naik gambar mesra bersama ibu dan adik-beradik tanpa kehadiran ayahnya yang seakan-akan memberi sokongan penuh terhadap insan tersayangnya, susulan isu yang sedang hangat berlaku saat ini.


Namun begitu, muncul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan krisis rumah tangga salah seorang anak lelaki Zainal Abidin, yang mencetuskan pelbagai reaksi dari ramai. 



Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Sofia, yang dipercayai sebagai isteri kepada anak Zainal Abidin, Mohd Zaiza Zainal Abidin, dia telah menyuarakan masalah yang dihadapinya ketika mendirikan rumah tangga.

Keluarga mentua yang terbaik pernah saya dapat, tapi awak? Ayah kepada anak-anak saya, awak musnahkan harta benda saya, awak provok saya. Awak aibkan saya, ( awak buat akaun aibkan saya), awak mungkir janji. Kalau awak bagi kerjasama, saya tak akan begini.

“Saya berdiam diri, awak paksa saya. Awak ancam keselamatan saya. Awak ajar anak-anak untuk memaki hamun saya. Memanggil saya dengan nama panggilan yang keji dan jijik. Sakit sungguh hati ini,” ujarnya di ruangan kapsyen.


Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan luahan yang diberikan oleh Sofia dan mendapat tahu bahawa anak Zainal Abidin turut mengalami krisis rumah tangga.



Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar urusan keluarga tersebut dipermudahkan selalu dan berharap segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang baik.





Sumber : OMM

Post a Comment

0 Comments