Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan mudah untuk saya terus istiqamah, kata Hannah Delisha

 


Pelakon Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu.


Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.


"Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.


"Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.


"Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai 'dress' dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.


"Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan," kata Hannah.


Tambahnya lagi, dia juga pernah terlintas mengenai maksud komen "semoga istiqamah" yang sering ditinggalkan di akaun selebriti wanita yang sudah berhijrah.


"Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.


"Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah," kata Hannah.


Sekitar September 2020, pelakon berasal dari Singapura itu berkongsi mengenai sebab dia bertudung menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube.


Hannah menerusi perkongsian yang sama, berharap video yang dimuat naik itu akan menjadi inspirasi kepada wanita Islam lain yang berdepan keraguan sama.


Terdahulu, Hannah dan suaminya yang juga pelakon di Singapura, Imam Shah mengejutkan ramai apabila keduanya mendedahkan mengenai perkahwinan mereka di laman media sosial masing-masing pada 18 Februari 2021

Sumber : Harian metro

Post a Comment

0 Comments