Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Dapat Petunjuk ‘Perbuatan’ Suami Lepas Seminggu Tahajjud, kata Puteri sarah

 


Menerusi sesi live bersama Neelofa baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia mendapat petunjuk daripada Allah mengenai perbuatan curang suminya selepas menunaikan solat Tahajjud.


Memetik Xtra, menerusi video yang dimuat naik semula seorang pengguna di TikTok, Puteri Sarah berkongsi cerita Allah memberi petunjuk selepas seminggu menunaikan solat sunat tersebut.


“It took me one week untuk Allah tunjuk semua, macam Allah buka hijab I (pandangan). Mula I macam CSI, zing dapat tahu,” kongsunya.


Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui caranya berdoa meminta kepada Allah tidak tepat kerana dia memohon kekuatan sepatutnya meminta agar diberikan kesabaran serta ketenangan.


“Sebelum ini, I selalu minta ya Allah ya Rahman ya Rahim berikan aku kekuatan. Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak sebab bila Allah uji kita, kita kuat. Memang betul I dapat tu. Kau mintak macam tu kan.



“Tapi sepatutnya berdoa berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi segala masalah yang ada. Barulah kita tenang, kita sabar,” katanya.


Rata-rata netizen bersetuju dengan amalan dilakukan pelakon itu serta ada yang turut berkongsikan pengalaman sama. Malah, ada yang mengatakan doa mereka yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments