Ticker

6/recent/ticker-posts

Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik hingga 20 peratus tahun ini

 


Pekerja di negara ini dijangka akan menerima kenaikan gaji antara 3 hingga 20% bergantung pada industri, dengan industri yang tumbuh dengan cepat seperti teknologi dan pembuatan akan mengalami perubahan yang lebih besar dalam struktur gaji. 


Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad dalam laman webnya, menyatakan bahawa kenaikan kos sara hidup dan inflasi di Malaysia mempengaruhi kemampuan rakyat untuk membiayai barang keperluan dan gaya hidup. 


Laporan itu juga menyatakan bahawa gaji dan kerjaya tidak berkembang selama pandemik Covid-19 ketika syarikat-syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji, dan pembayaran bonus pada tahun 2020.



"Bagi bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah, syarikat sedang menyemak semula penanda aras gaji masing-masing bagi mengekal dan menarik bakat baharu," kata Randstad dalam laporan berkenaan.


Selain itu, laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.


"Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.


"Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman,"kata laporan berkenaan.


Sementara itu, pembangunan hartanah dan infrastruktur dalam industri pembinaan akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, namun boleh menimbulkan masalah dengan jurang kemahiran yang berterusan.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments