Ticker

6/recent/ticker-posts

Cantik persis bidadari, netizen minta tolong Sophia AlBarakbah ‘ngorat’ Pak Samad

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon cantik yang kian mendapat tempat dalam drama tempatan iaitu Sophia AlBarakbah yang didakwa sebagai ‘wanita penyondol’cuba untuk mendekati suami kepada penyanyi dan pelakon,Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.


Disebabkan kontroveri ini, netizen seperti biasa beramai-ramai berkampung di akaun media sosial milik pelakon cantik manis itu dengan meninggalkan komen-komen pedas supaya tidak menganggu ketenteraman rumah tangga selebriti tersebut.



Tidak hanya melalui komen saja, ada netizen yang gigih memviralkan video lama di laman TikTok milik pelakon itu, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta sambil merakam dirinya di bahagian tempat duduk belakang.


@sophiaalbarakbah #sophiaalbarakbah #hairtransition #fyp Thanks @thehairtric_and_lashility @jerry.yai ♬ Unholy - Sam Smith & Kim Petras


Dalam video tersebut, netizen bergurau dengan meminta pelakon cantik itu menggoda ayah kepada pelakon, Ira Kazar iaitu Kazar Saisi.



Begitu juga, banyak yang bergurau supaya dia memikat pengarah terkenal, Syamsul Yusof, yang juga merupakan suami kepada Puteri Sarah dan Ira Kazar.






Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan terdapat pelakon wanita jelita yang cuba mendekati Aliff Aziz malah, mengakui sudah mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya.


Sumber: TikTok @sophiaalbarakbah Via OMM

Post a Comment

0 Comments