Ticker

6/recent/ticker-posts

Sudah Jodoh Syamsul Untuk Kahwin Lagi, Kata Rosyam Nor

 


Ketika ditanya wartawan mengenai kemelut rumahtangga yang melanda pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya kepada Datuk Rosyam Nor, beliau enggan masuk campur urusan serta isu itu yang kini mendapat liputan meluas di media sosial.


Menerusi artikel yang diterbitkan astro gempak, Rosyam berkata dia tiada hak untuk mencampuri hal peribadi orang lain serta mengatakan sudah jodoh pengarah tersebut untuk berkahwin lagi.


“Saya sebagai rakan artis. tidak boleh berkata apa-apa. Itu adalah kehidupan Syamsul. Saya tidak boleh masuk campur kehidupan orang.


“Tiada hak untuk menentukan apa yang dia boleh buat. Sudah jodoh Syamsul untuk kahwin lagi satu,”katanya.



Untuk rekod, minggu lepas heboh di media sosial apabila satu video yang memaparkan pengakuan Syamsul Yusof yang mengakui dia kini sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan seterusnya menutup teka-teki yang melanda pengarah terkenal itu.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments