Ticker

6/recent/ticker-posts

60 peratus netizen bersetuju sesi persekolahan bermula 8 pagi

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Majoriti pengguna maya yang menyertai undian Harian Metro menyokong waktu permulaan sesi persekolahan di Semenanjung Malaysia dilanjutkan dari jam 7.30 ke 8 pagi.


Setakat 3.30 petang tadi, sebanyak 57.2 peratus daripada 278 pengguna yang menyertai undian di Twitter bersetuju dengan cadangan melanjutkan sesi berkenaan manakala 42.8 peratus lagi tidak bersetuju.


Pada masa sama, sebanyak 60 peratus daripada 735 pengguna Instagram menyokong cadangan itu dengan 40 peratus lagi tidak bersetuju.


Kelmarin, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad mencadangkan kerajaan menetapkan sesi persekolahan di Semenanjung bermula 8 pagi.


Katanya, langkah itu bagi memastikan guru, ibu bapa dan anak mempunyai masa mencukupi bagi mengatur jadual perjalanan masing-masing.




Beliau dilaporkan berkata, kerajaan seharusnya mempunyai rasa belas kasihan dan empati kepada golongan itu yang terpaksa bangun seawal 4.30 pagi bagi mengejar masa pembukaan sekolah 7.30 pagi.


Isu itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada pihak memohon perkara terbabit diperhalusi jika mahu ia dilaksanakan kerana kebanyakan sekolah di negara ini membabitkan dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments