Ticker

6/recent/ticker-posts

Baru Pulang Umrah Tapi Dah Pakai Macam Ni, Netizen Tegur Pernampilan Mencolok Mata Fasha Sandha

 


Seperti yang ramai netizen sedia maklum, baru-baru ini pasangan selebriti terkenal Fasha Sandha dan suaminya ada memuat naik perkongsian di laman sosialnya yang mereka berdua pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah.


Namun baru beberapa hari pulang dari tanah suci, pernampilan terbaru pelakon cantik itu ditegur oleh netizen.



Masakan tidak, video terbarunya yang memaparkan dia berpakaian ketat dan agak mencolok mata netizen.


Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Fasha dilihat sedang melakukan aksi senaman dengan berpakaian sukan sambil mempromosikan sebuah produk kesihatan.


Jom senaman dengan Fasha! Tengok video sampai habis tau.


Namun, pos tersebut menerima beragam jenis kritikan dari netizen. Pakaian yang dikenakan telah menjadi perdebatan para netizen kerana masih belum menutup aurat dengan sempurna meskipun baru saja pulang dari Tanah Suci.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata peminat menegur cara berpakaian selebriti cantik itu dan ramai mendoakan agar Fasha Sandha diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.




"Sama je rupanya sblm pegi dgn da pegi umrah.. ingatkan ada la perubahan walaupun sikit.. jgn harapkan org² je utk mendoakan kita.. tapi kita sendiri la kena mendoakan yg baik² utk kita ." - netizen

"blek .dari umrah .pakai baju camtu..patut dh blh pikir.sb bkn budak2 lagi" -netizen

Sumber : ig fasha sandha via ohbulan

Post a Comment

0 Comments